Friday, May 12, 2017

Jenis Kulit Anda


BACA FAHAM HADAM KALAU RASA SAYANG KULIT MUKA ANDA 😌😘😜
Pemilihan jenis kosmetik, penggunaan skincare serta rawatan kulit yang berkesan adalah sangat bergantung kepada jenis kulit yang anda miliki. Apabila anda tersalah dalam membuat pilihan produk skincare atau kosmetik yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit, ianya sama ada akan mengundang lebih banyak masalah atau produk yang digunakan tidak dapat memberi kesan yang sebaiknya.
Secara ringkasnya, terdapat 4 jenis kulit yang biasa kita temui, jenis-jenis kulit ini adalah seperti berikut:
1. Kulit biasa
2. Kulit berminyak
3. Kulit kering
4. Kulit kombinasi (berminyak dan kering)

🌸🌸🌸🌸
1. Kulit Biasa (Normal Skin)
Kulit jenis biasa adalah kurniaan Tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi.
Jenis kulit biasa hanya memerlukan penjagaan yang ringkas. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya bebas dari sebarang masalah.
Cara mengetahui adalah kulit anda termasuk jenis kulit biasa atau bukan adalah dengan mengusap wajah dengan tisu pada pagi hari.
Jika tidak ada minyak yang melekat malah tisu kelihatan kering, bererti kulit anda termasuk dalam jenis kulit biasa.

🌸🌸🌸🌸
2. Kulit Berminyak (Oily Skin)
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori-pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.
Masalah yang biasa di hadapi adalah:
* Blackhead
* Jerawat
* Pori pori terbuka
* Parut
* Keseluruhan muka berminyak

🌸🌸🌸🌸
3. Kulit Kering (Dry Skin)
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua-duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun yang buih berlebihan), kurang minum air.
Masalah yang biasa dihadapi adalah:
* Kedut / garis-garis halus
* Whitehead
* Hitam di sekeliling mata
* Jeragat
* Keseluruhan muka kering dan kusam
🌟 Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!

🌸🌸🌸🌸
4. Kulit Kombinasi (Combination Skin)
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori-pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.
Masalah biasa yang mungkin dihadapi :
* Kelenjar minyak yang tidak sekata
* Muka kering
* Jeragat
* Whitehead

‼️‼️‼️
Sila kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu untuk dapatkan set penjagaan kulit yang bersesuaian sebelum membuat pemilihan sebarang produk skincare atau kosmetik.

p/s : Entry ni saya copy dari seseorang untuk share kepada anda semua :)