Saturday, June 13, 2015

Hati dan Manusia



Hati ini mudah sakit mudah berkarat mudah hancur mudah gelap aku sendiri tak dapat nak gambarkannya. Begitu juga manusia mudah sedih mudah gembira mudah jatuh mudah putus asa apakandaya kita hanya manusia yang tidah sempurna. 

Pendam? perkataan tu dah lali dengan aku. Aku selalu pendam sebab? Aku rasa semua pernah pendam sebab nak jaga "hati" sebab taknak dia terluka tapi hati kita hanya allah saja yang tahu. Susah untuk luahkan isi hati pendam tu. Ada sesetengah manusia mudah luahkan ada sesetengah manusia takut. Di kategori mana kita?

Suka bandingkan? Semua orang tak suka dibandingkan dia dia lah aku aku lah. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kenapa nak samakan aku dengan dia. Aku bukan kau kau bukan aku jangan samakan. Ada jenis orang yang dia tak kenal dia susah nak memulakan kata kata, ada orang boleh dan ada orang bila dia mula kenal seseorang dialah yang paling banyak cakap. Pelbagai jenis manusia. Tak boleh nak sama kan yang dia bagus kita tak bagus jangan sesekali.

No comments:

Post a Comment