Assalammualaikum
dah lama rasanya tak ber-blog ngeh ngeh harini kita nak ceritakan tentang
produk yang ada merkuri yela sekarang ni banyak sangat produk kecantikan kadang
kadang sampai taktahu nak pilih yang mana? Saya selalu nak selamat beli kat
drugstore je try macam macam haha kekadang ada yang tak sesuai jugak so kalau
dah cuba kt drugstore memang kena try and error kalau okay okay la kan hehe.
Nanti insyaallah i akan share kan macam mana nak pilik produk yang sesuai
dengan jenis kulit muka kita. Sekarang ni i nak cerita tentang tajuk kita kat
atas tu :)
OKAY FIRSTLY,
1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan
bedak sejuk supaya lebih cair.
2. Tidak homogen : Maksudnya, kalau kita biarkan krim itu, kita
nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
3. Bau logam merkuri : Bau lain macam, tapi ada sesetengah produk
yang kononya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat
untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaikknya jika mencari product
kecantikan, cari product yang tidak berbau apa-apa. Kalau nak bau wangi pakai
perfume lah buat apa pakai krim muka wangi wangi? hehe
4. Krim berwarna yang mencolok : biasanya untuk mengcover balik
warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka
gunakan warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
5. Panas dan gatal-gatal apabila di-seletkan dekat lengan
6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena
cahaya matahari dan kulit anda sedang berlaku irritation
7. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti
dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA SEMINGGU? Haa semakin
cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan.
8. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris
dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesanlah dengan krim tersebut? Dah lah
kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita
dah rosak, kulit sudahtidak mengandungi protein dan melanin yang berfungsi
untuk melindungi sinar UV matahri sehingga kuman/bakteria tidak akan menyukai
kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
9. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam warna putih
nornal.
10. Mengahaluskan dan mengecilkan ruang pori pori. Ini lagi satu
kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipii dan lapisan kulit
bahagian paling atas dah terhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas
lalu seolah olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbut pula
jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti
penggunaan krim bermerkuri. sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka.
12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan
akhirnya kehitaman (Jeragat muka menguasai).
No comments:
Post a Comment