Tuesday, June 16, 2015

Salam Ramadhan


Tadi dengar pengumuman puasa alhamdulilah puasa start pada 18.6.2015

Bulan ramadhan dah dekat esok last kita makan hahaha alhamdulilah bertemu juga kita dengan bulan ramadhan pada tahun ini. Harap harap ramadhan kali ini penuh makna agar dapat ku lalui dengan sempurna (macam lirik lagu je hahaha) so anda dah habis ganti puasa ke? Hehehe. Harini kita nak share tentang perkara sunat berpuasa

Antara perkara yang sunat dilakukan ketika berpuasa adalah:

1. Menyegerakan berbuka puasa apabila sampai waktunya. 
Rasanya bab ni semua orang tahu dan saat yang paling ditunggu-tunggu. :)

2. Berbuka puasa dengan buah kurma (tamar) atau sesuatu yang manis ataupun dengan air.

3. Mulakan berbuka puasa dengan berdoa yang maksudnya;
"Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka, dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pemberi Rahmat".

4. Melambatkan bersahur. Bersahurlah walaupun dengan sedikit sama ada makan ataupun sekadar minum sahaja. Ianya untuk kebaikan anda juga supaya dapat menambah kekuatan ketika berpuasa.

5. Memperbanyakkan amal ibadat seperti 
membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi S.A.W.

6. Memperbanyakkan membuat amal kebajikan. 
Contohnya; bersedekah kepada yang kurang berkemampuan, menjamu tetamu berbuka puasa ataupun bertukar-tukar juadah sesama jiran.

7. Memperbanyakkan niat iktikaf di dalam masjid. Kalau sembahyang terawih tu jangan lupa gak niat iktikaf.

8. Menjauhkan diri atau sebaik-baiknya cuba elakkan diri daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia dan melakukan maksiat! 


Begitulah antara perkara sunat ketika berpuasa yang boleh kita praktikkan. Saya percaya yang di atas tu hanyalah sebahagian kecil jer.

Mungkin ada banyak lagi perkara sunat yang boleh kita lakukan. Jika anda ingin menambah tentangnya, boleh berbuat demikian di ruangan "comment". Ilmu yang baik patut kita sebarkan bagi memakmurkan Ramadhan Al-Mubarak ni.

19 comments:

  1. good sharing, dear :)

    Do visit me :
    http://duniamahabbah.blogspot.com/2015/06/students-assignments.html

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa...salam ramadhan dear :)

    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  3. nak wish selamat berpuasa jugakkk. hehe. dlu masa kecik2 bangun punya la awal untuk bersahur. gelojoh pulak tu, kehkeh. sekarang lambat sikit bersahur. ada tu siap bersahur sebelum tidur lagi sbb malas bangun pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe zaman kecik kecik dulu taktahu hahaha macam macam kerenah kan hmm papepun selamat berpuasa juga mialia :)

      Delete
  4. Selamat berpuasa. Thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing!! :D salam ramadan dan selamat berpuasa^^

    ReplyDelete
  6. Nice sharing kak Amira :) Salam ramadhan yah . selamat berpuasa ;)

    ReplyDelete
  7. Menariknya perkongsian ni :)
    Selamat berkenalan.

    Jgn lupa singgah blog akak :)

    http://travelog-bidadariwalid.blogspot.com/?m=0

    ReplyDelete
  8. Hello, I just happen to hop by your blog. :D Visit back maybe? :D

    aliciaahq.blogspot.sg

    ReplyDelete