Sunday, December 11, 2016

pH kulit yang seimbang

Hai Assalammualaikum harini I nak cerita pasal kecantikan sikit yela uolls siapa tanak cantik eh eh hahaha Ok kecantikan banyak tapi I nak cerita about pH kulit haa ni korang mesti tak berapa nak tahu kan? Korang tahu tak pH kulit tu apa? Haaa ni la i nak cerita baca tau hehe 

So berapa pH kulit yang sihat? pH kulit yang sihat ialah dalam lingkungan 4.0-5.9 maknanya kulit kita ni bersifat asid kenapa asid? So that senang nak lawan pertumbuhan bakteria.

Lapisan berasid atas kulit kita ni sangat-sangat penting so kena jaga tau. Nama lain untuk lapisan asid ni ialah acid mantle. Ok acid mantle ni lapisan pelindung paling luar dari kulit so kena jaga acid mantle ni sebab kalau tak jaga maybe kulit akan jadi lebih alkali so lagi senang kena serang dengan bakteria.

Bakteria-bakteria ni lah yang menyebabkan jerawat semua keluar. So apa function acid mantle
  • Menghalang bakteria/virus untuk membiak
  • Mengawal lembapan kulit
  • Maintainkan pH kulit supaya lebih lembut & segar.

Biasanya orang kulit berminyak ada lower & orang yang kulit kering ada higher pH. Kalau pH kulit korang higher/lower dari 4.0-5.9 maknanya acid mantle dah tak boleh fungsi dengan betul so akan terjadinya
  • Kulit kering
  • Kulit terlalu berminyak
  • Breakouts
  • Sensitive

Macam mana acid mantle boleh rasa? Salah satu sebabnya ialah korang pakai pencuci muka yang tinggi pH nya atau korang pakai sabun untuk badan yang level pH dia lebih tinggi (alkali). Bila dah alkali kulit muka korang akan rasa kering dan tegang lebih senang bakteria nak maii tau.

Untuk kulit yang acid mantle dia sihat akan Nampak lembut dan lembab. Untuk sesiapa yang breakouts tu maybe sebab acid mantle korang dah rosak so boleh start repair macam mana? Haa carilah pencuci muka yang pH dia normal & sihat.

Sesiapa yang pencuci muka dia pakai tu pH kulit dia tinggi tapi tetiba sesuai pulak dengan kulit dia takpayah tukar teruskan tapi cari toner/mist yang pH dia rendah so that boleh turunkan balik pH kulit. Mostly toner ni memang untuk balance kan pH.

Okay tu sahaja penjelasan daripada saya so korang nak tahu skincare apa yang pencuci muka dia ada pH yang (4.0-5.9) banyak guys so kena rajin membaca sikitlah ataupun google apa apa pun nasihat I cari skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit korang tauu sekian terima kasih. 


No comments:

Post a Comment